Aku kedekut?
Syukur dah dapat bahan drp pensyarah. So, malam ni boleh mula baca dan prepare untuk presentation Rabu depan. Pensyarah kata jangan kedekut ilmu, fotostat juga bahan bacaan tu untuk kawan2. Rasanya ada salah faham tentang diriku. Semuanya gara2 kuliah yang lalu apabila pensyarah cadangkan buat kerja secara berpasangan kerana tajuk pembentangan hanya 4, sedangkan jumlah kami ada 6 orang. Aku kata aku pilih tajuk 4. Pensyarah tanya sama ada aku nak atau tidak perpasangan kerja dengan seorang guru lelaki. Nampaknya 4 orang yang lain dah pilih 2 tajuk. Aku ingat perlu bentang empat2 tajuk yang ada. Lagipun aku tak kisah buat kerja sorang2, lagi senang. Aku kata aku buat sorang. Aku tak bermaksud pula hendak bersikap mementingkan diri; tapi itulah tafsiran pensyarahku. Terang2 dikatanya aku tak boleh bersikap mementingkan diri. Tahap Master ni harus bantu-membantu. Aduh!... Aku telah disalah anggap. Tapi tak apalah. Pokoknya aku tak memaksudkan sedemikian. Yang penting, aku buat kerja aku dengan baik. Akhirnya memang pun aku berpasangan dengan guru itu untuk pembentangan minggu hadapan. Nampaknya aku la yang harus kerja lebih. Entah2 esok je kami buat perbincangan. Bukan senang nak jumpa untuk discussion. Takpa la. Anggap je aku membantu guru tu; markah yang akan aku dapat, itulah markahnya. Aku tak kedekut dalam soal tu, tapi tak sukalah kalau orang nak menumpang je tanpa menyumbang apa2. Harap2 bukan itu yang akan terjadi esok. Kalau itu yang terjadi, baik aku buat kerja sorang diri lepas tu bentangkan je dengan dia juga mendapat markah yang sama. Tak buang masa aku untuk discussion yang entah apa2.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home