Lupa bawa hp
Opps... aku terlupa bawa hp pagi ni. Mungkin kerana nak cepat datang ke bilik karel, mungkin juga kerana banyak sangat berfikir (tension), ataupun mengaku je la dah tua, sebab tu pelupa sangat.
Sori la kalau pagi ni ada kawan2 htr mesej @ call aku. Nasib baik malam tadi dah sms Cikgu Zahari bagitau dia aku tunggu di bilik karel untuk discussion. So, kalau dia tak datang nanti bukan salahku. Kalau dia call aku, of course tak dapat la. Hp tertinggal kat rumah. Dahlah tu, off pula.
Sebenarnya sedar tertinggal hp sewaktu di pertengahan jalan tadi. Tapi untuk aku berpatah balik, sori la. Aku dah tak larat lagi berjalan jauh.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home