0
Kosong .. Kekosongan ... Hati kosong, jiwa kosong, fikiran kosong ... segala2nya nampak kosong sahaja. Kiri kosong, kanan kosong, depan kosong, belakang pun kosong. Zahirnya kosong, batinnya pun kosong. Alahai .. kosong dan kosong. Mengapa harus kosong? Kosong dan terus kosong. Kosong itu sepi. Kosong itu tiada erti. Kosong itu bisu. Namun dalam kosong ada bicaranya. Dengarlah suara-suara halus itu. Dengarkanlah bisikan-bisikan yang kecil tetapi tajam itu. Tiada?? Tak dengar apa2? Syyy.... senyap, sunyi, sepikan sekelilingmu. Ia mulai bicara perlahan2 dari dalam hati, tanpa suara tanpa kata tapi aku faham makna sebenar wujudnya. Dan adakalanya aku menginginkan kekosongan kerana diriku lebih tenang menjadi kosong.

1 Comments:
Kosong adalah keadaan tertinggi dari pencarian spiritual!
Inginku, berada di dalam agar bisa berbagi ekstase.
Post a Comment
<< Home