Erti Seorang Sahabat (2)
Semalam birthday Ikie. Nasib baik aku ingat birthdaynya, itupun lewat petang baru aku hantar ucapan Happy Birthday! Lepas tu Ikie call aku. Lebih daripada setengah jam kami berbual2. Agaknya kalau aku tak suruh dia stop lagilah lama dia call aku. Bukan tak suka Ikie call aku, tapi kesian dia bayar bil telefon nanti. Tapi katanya dia tak kisah, lagipun sekali sekala je. Hah, itulah Ikie. Memang aku menyenangi sikapnya.
Bila dikira2, wah rupa2nya dah 10 tahun kami bersahabat. Dan dialah sahabatku yang paling lama bertahan; maksudku dialah satu2nya daripada kawan2 yang kukenali dulu masih rajin contact aku. Yang lain? Aku sendiri pun tak tahu di mana mereka....
Aku kenal Ikie semasa form 6, mula bersahabat sewaktu aku Upper 6 (tahun 1995). Sekarang dah tahun 2005, so dah ulangtahun ke-10. Selepas STPM, kami sama2 jadi guru sandaran di SMK Pakan, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke USM tapi course yang berlainan. Isi form UPU pun bersama2. Dan sekarang ni kami sama2 menjadi warga pendidik.
Suka duka kami lalui bersama. Agaknya itulah sebabnya kami terus jadi close friends.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home