Monday, August 08, 2005

Nenek

Semalam birthday nenekku yang ke-86; satu2nya nenek yang masih hidup (kedua2 datukku telah meninggal dunia sewaktu aku masih di bangku sekolah rendah).
Sewaktu kecil dahulu asalkan cuti sekolah, aku, adik-beradik & sepupu pasti akan balik ke kampung mengunjungi nenek. Ketika itu nenek akan bercerita tentang kisah hidupnya di negara China (sambil dikelilingi oleh cucu2). Nenek selalu bercerita tentang kesukaran hidup di negara China. Sejak usia beberapa bulan, nenek diserahkan kepada keluarga datuk (dipelihara sebagai anak menantu) & apabila sudah besar sedikit melakukan segala kerja2 di rumah & juga di sawah. Kata nenek, memang sudah menjadi trend di China ketika itu; anak2 perempuan tiada nilai & justeru itu diserahkan kepada keluarga lain dengan tukaran seekor ayam & sedikit beras. Orang China ketika itu tidak memelihara anak perempuan sendiri melainkan anak menantu perempuan yang dilayan tidak ubah seperti kuli.
Nenek banyak menderita ketika mudanya. Hingga kini aku masih bersimpati dengan nenek yang masih menjadi kuli anak lelaki & menantunya. Nenek masih melakukan kerja2 rumah seperti memasak & membasuh pakaian. Aku rasa nenek sudah patut "bersara" & menikmati sisa2 hidupnya. Tapi aku rasa kerana latar belakang hidupnya yang susah & telah banyak menderita, justeru itu nenek tidak dapat membiasakan dirinya duduk santai tanpa berbuat apa2.
Kini nenek kesunyian di kampung. Uncle & auntie berjual di bandar & balik pada petang hari. Cucu 2 orang bersekolah rendah & hanya balik pada hujung minggu. Hanya alam yang lebih kerap menemani nenek. Cucu2 nenek yang lain semuanya sudah besar, sudah bekerja & ramai yang sudah berkeluarga sendiri. Tiada lagi kemeriahan seperti dahulu. Aku tahu nenek amat kesunyian. Apakan dayaku, nenek. Setelah tamat pengajian, aku bekerja di tempat lain. Sekali-sekala sahaja melawat nenek tapi bukannya di kampung. Sekarang ini semuanya sibuk demi mencari nafkah hidup. Setelah tamat pengajian di USM tahun 1996, cuma sekali saja aku pulang ke kampung nenek, kalau tak silap tahun 1999/2000.
Bulan Mei 2005 nenek datang ke rumah kerana kakak iparku bersalin anak sulung. Nenek menghulurkan wang kepadaku & adik. Pada mulanya aku menolak kerana kataku aku yang sepatutnya bagi nenek $ kerana aku sudah bekerja (memang aku ada bagi nenek $ walaupun agak jarang; aku kira itu tanggungjawabku sebagaimana aku setiap bulan memberi $ kepada ibu & ayah). Bagaimanapun nenek mendesak aku terima wang itu; katanya supaya aku ingat bahawa nenek pernah memberiku $ (aku rasa terharu & sedikit bimbang. Kata orang jika seseorang itu berperangai pelik @ berkata2 pelik secara tiba2, mungkin masanya sudah tiba). Aku tahu aku akan sangat bersedih sekiranya kehilangan nenek, namun satu yang pasti; setiap manusia pasti akan mati.
Semoga umur nenek panjang; & biarlah nenek melihat kejayaanku nanti. Setahun lagi nenek, aku dan adik akan graduate. Nenek pernah kata aku cucunya yang pertama masuk U. Dan biarlah nenek melihat cucunya yang ini juga yang pertama bergelar Sarjana.

1 Comments:

Blogger Ahmad Sahidah said...

Salamku pada nenek, semoga di hari senja akan mendapat curahan kasih dari orang yang disayangi.

***

Ungu Violet menceritakan juga hubungan Kalin [Dian Sastrowardojo], sebagai cucu, dan sang Nenek [Rima Melati] yang menghentak kesadaran kita bahwa kita selalu terlambat menyayangi mereka, para orang tua. Perasaan ini kerap muncul dalam hati ketika teringat Ayah, yang telah meninggalkan saya. Untuk itu, kita tentu saja berusaha agar tidak mengulangi pada mereka yang masih hidup dan menjadi bagian dari napas kita mereguk sisa usia uzurnya.

10:41 PM  

Post a Comment

<< Home