Wednesday, August 17, 2005

Pasrah

Pasukan USM gagal menjuarai Pertandingan Baca Puisi Pelbagai Kaum (antara IPT). Sebanyak 4 pasukan berentak, namun nasib kurang menyebelahi kami sekalipun persembahan yang terbaik telah kami sajikan.
Kalau kami menyediakan prop, kemenangan pasti di tangan kami. Bagaimanapun, sekurang2nya mata hakim celik juga dalam menilai & seterusnya mengumumkan pendeklamator terbaik dari USM (Mariani)
Sedikit kecewa juga kerana tidak memenangi pertandingan tersebut. Selain hadiah yang agak lumayan, boleh juga mengikuti latihan selama 3 hari di KL & pertandingan akhir antara zon pada 22 September 2005.
Anyway, mungkin ada hikmahnya. Kalau menang, harus berlatih dengan lebih giat lagi & mungkin terpaksa mengabaikan sedikit study. Latihan di KL nanti akan mengakibatkan tidak dapat menghadiri kelas; rugilah dari segi akademik.
Apapun, tetap ada sedikit rasa kecewa di sudut hati. Kami hampir2 dapat mencapai kejayaan ... sudah begitu dekat sekali. Dalam usia yang semakin tua ini, bila lagi ada peluang untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi?
Apa boleh buat? Hanya mampu pasrah dengan realiti ini.

1 Comments:

Blogger annaz 安阿兹 said...

terima kasih sayang... awak orang pertama yang beritahu saya bahawa usia hanyalah angka.. Namun kini setelah 8 tahun berlalu..ternyata lelaki masih terlalu ambil kisah tentang beda usia

3:33 PM  

Post a Comment

<< Home