Pemikiran Ayu Utami tentang wanita Indonesia dalam Saman
Begitulah tajuk pembentanganku untuk kelas pada minggu yang akan datang. Kukira apa yang ditulis mahupun yang difikirkan, dilakukan oleh Ayu Utami tidak menggambarkan wanita Indonesia secara keseluruhan. Maksudku, hanya segelintir sahaja yang mungkin sepertinya. (sebenarnya keadaan di mana2 pun adalah sama, bukan di Indonesia saja)
Dalam kenyataannya, Ayu Utami pernah membuat pengakuan bahawa dia tidak akan berkahwin apatah lagi untuk mempunyai zuriat kerana katanya Indonesia sudah terlalu padat dengan penduduk. Pensyarahku pula telah 2 kali mengatakan bahawa Ayu Utami sudahpun bertunang & akan berkahwin, yang pastinya bukan dengan Goenawan Mohamad. Jadi, yang mana satukah yang betul? Kalau kedua2nya adalah benar, maka bagiku Ayu Utami tidak mempunyai pendirian yang teguh. Dia melaung2kan sesuatu yang tidak mampu dia lakukan, jadi apakah gunanya laungan itu?
Sahabat dari Indonesia pernah mengatakan bahawa Ayu Utami seorang yang sangat bersifat terbuka (boleh tidur dengan lelaki yang disukainya tetapi menolak perkahwinan). Kalau kerana pegangan feminisme dia menolak perkahwinan, jadi apakah perlunya dia tidur dengan lelaki? Dalam hal ini agak jelas Ayu Utami tidak mampu hidup tanpa lelaki. Dan justeru itulah kukira dia feminis yang lemah.
Aku akui Ayu Utami seorang penulis yang hebat, tapi dia tidak boleh dijadikan role model. Bagiku, daripada dia berterusan berzina, bukankah lebih elok berkahwin saja? Dan kalau menolak perkahwinan kerana ikatan yang membebankan, apakah mempunyai teman lelaki dan melakukan hubungan badaniah tiada ikatannya? Entahlah, aku bukannya Ayu Utami, juga tidak pernah mengenalinya (melainkan cerita2 tentang dirinya yang kuperoleh dari internet) apatah lagi untuk menjangkau fikirannya.
Seorang sahabat pernah mengatakan bahawa khalayak yang paling suka dengan novel Saman ialah golongan lelaki, sebabnya banyak unsur XXX di dalamnya. Tafsiranku, lelaki berminat dengan Saman bukan untuk menyelongkar makna di sebaliknya tetapi lebih terarah kepada pemaparan unsur XXX. Apapun inilah karya paling berani seorang penulis wanita yang pertama kali aku baca. Dan Ayu Utami sudah memecahkan tradisi penulisan yang berbentuk sedemikian yang selama ini didominasi oleh penulis lelaki. (Penulis wanita Barat banyak yang menggunakan stail penulisan seperti ini, tetapi di rantau ini kukira Ayu Utamilah pelopornya).
Karya Ayu Utami meletup sekali di Indonesia, tapi kukira jika penulis wanita Malaysia menulis dengan stail sedemikian pastinya akan dikecam dengan hebat. Dan untuk itu, aku memuji Indonesia yang begitu bersikap terbuka menerima karya2 yang sedemikian (termasuklah Larung, Supernova dll)
Bukan unsur XXX yang harus menjadi fokus, tetapi pengupasan makna yang tersirat. Dan bagiku, Saman bukanlah karya porno tetapi justeru mendukung gagasan feminisme. Semester ni aku bermain2 dengan teori feminisme dan banyak belajar daripadanya (belajar menjadi seorang feminis).

0 Comments:
Post a Comment
<< Home