Wednesday, August 03, 2005

Pensyarah kusayang

Aku bersyukur punya pensyarah2 yang baik, terlebih lagi yang melayanku bagai seorang kawan. Dr. Lalita yang begitu tegas ketika kuliah & tutorial, ternyata seorang pensyarah yang begitu friendly, lembut & sentiasa tenang. Begitu juga Dr. Rahimah yang bagiku begitu mudah didekati. Kelembutan suaranya begitu menarik hatiku sejak Kolokium Pengajian Siswazah hujung tahun 2004. Semalam Dr. Rahimah memberiku bunga rampai, sama seperti yang diterima hanya oleh para pembentang kertas kerja dan pengerusi seminar. Aku sangat gembira dengan pemberian itu; dapat dirasakan sayangnya kepadaku. Bunga rampai itu aku gantung di bilik sebagai hiasan; besar ertinya bagi diriku. Dr. Sakinah yang kukenali sewaktu bengkel penulisan kreatif di Bukit Bendera juga sangat peramah. Bahkan Dr. Sakinah mengalu-alukan aku bertemunya sekiranya aku ada masalah berkenaan penulisan disertasi nanti. Prof Muhammad, Sasterawan Negara yang low profile, lembut pertuturan & sememangnya aku mengkagumi sikap humblenya. Semalam 2 kali Prof Muhammad mengucapkan terima kasih kepadaku kerana turut membantu dalam perjalanan seminar. Tugas yang begitu ringan dan bagiku tiada apa2, sebaliknya mendapat penghargaan daripada pensyarah. Dan aku sedar kini, para pensyarahku yang walaupun berilmu tinggi, berpangkat mahupun sudah terkenal ternyata bersikap low profile, mudah didekati, punya budi bahasa tinggi (itulah orang sastera yang begitu peka & mengambil berat akan sekelilingnya; bukan diri mereka sendiri semata2).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home