Monday, August 01, 2005

Perjalanan Novel yang Belum Selesai

Yang ada sekadar coretan2 di atas kertas. Komputerku sudah lama sakit. Sebab itulah korang selalu nampak muka aku kat bilik karel ni.
Setiap kali ilham datang atau ketika bosan menghimpit diriku, aku lukiskan jalan cerita novel mengikut suara hatiku. Sedikit demi sedikit aku tulis. Watak utama, aku namakan Lyn. Watak yang kukira malang hidupnya kerana seorang lelaki yang sangat dicintainya, namun cinta itu telah dikhianati. Kerapkali aku terbawa2 dengan cerita yang aku tulis itu; aku merasakan seolah-olah akulah Lyn. Walaupun cerita rekaan, tapi sedikit sebanyak memang bersangkut paut dengan kehidupanku dan apa yang ada di sekelilingku. Dan untuk Lyn, aku lukiskannya mengikut prinsip hidupku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home